Wednesday, December 18, 2013

2013 aku

Jujurnya, post ini dah terbiar lama tanpa diusik beberapa hari. Hanya menunggu gilirannya untuk di-publish. Hehe

Secara pukalnya, 2013 aku sangat tragis dan sadis. Tak semanis 2012 aku yang dulu. Tak jugak segembira 2012 aku yang dulu. 

Tahun 2013 aku dimulakan dengan perpisahan. Air mata tak berhenti mengalir. Bila teringat, pasti bengkak mata jadinya. Seorang demi seorang rakan karibku pergi meninggalkan aku. Ya, mereka ke sekolah baru. Sedangkan aku? Tersadai terkapai-kapai di sekolah yg sama. Sedih, pedih, hancur, punah perasan tu bila permohonan aku untuk ke mrsm tak diterima.

Ada satu hari di bulan Januari, aku dalam kelas sambil menyalin apa yg ckgu tulis di papan putih, air mataku tak berhenti mengalir. Kerana dulu aku pernah berazam untuk tinggalkan sekolah ni, mulakan hidup yg baru, lupakan segalanya. Tapi.... harapan aku hancur. Aku macam manusia tkda perasaan ketika itu. Cakap sikit, menangis. Suka termenung. Duduk seorang diri.

Tapi, hujan tak selamanya hujan. Akan datang jugak pelangi. Kan?

Aku mula sedar, banyak hikmah sebenarnya aku di sini. Banyak kejayaan aku cipta. Bulan April bermula segalanya. Aku berjaya mewakili sekolah ke kem perdana KRS peringkat daerah & negeri. Aku jugak berjaya mawakili sekolah dalam pertandingan Forum Remaja peringkat zon & daerah. Mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki KRS. Tak lupa jugak, aku dan beberapa rakan yg lain mewakili kelas dalam 'singing contest' dan kelas kitaorg dapat johan! Hehe semua jadi Anna Kendrick main cup song. Mewakili kelas untuk persembahan drama merdeka.

Seronok! Ya, baru aku rasa seronok. Walaupun 2013 aku bermula dgn kisah pahit, akhirnya ada jugak kenangan manis. Ada classmates yg supportive, happening walaupun kekadang cengkerik. Tapi, banyak sebenarnya sebab aku patut ukirkan senyuman. Masih ramai yg sentiasa ada dengan aku jatuh bangkit aku. Selalu bagi kata semangat untuk aku terus bangun. 

Kisah cinta monyet-tepuk-satu-tangan? Ah, jangan cakap. Cukup kau baca post aku yg lama-lama. Tak sanggup nak aku ulang cerita semula. Kerana ianya pahit belaka. Hahahahaha boo mia! 

Terlalu banyak gambar sebenarnya kalau nak di-collage-kan sekali

Bersemadilah dengan makmur
wahai memori 2013.