Thursday, June 12, 2014

Tuhan


Tuhan, tolong aku
bangkitkan semula semangat aku
yang dulu-dulu tinggi kini kian pudar

Tuhan, tolong aku
kuatkan aku disetiap jatuhnya aku
kerana aku tak sekuat seperti yg lain sangka

Tuhan, tolong aku
sabarkan aku tiap apa jadinya
agar aku mampu senyum abaikan segalanya

Tuhan, tolong aku
tanamkan apa saja tiap rasa
biar jauh paling dalam kerna aku tak bisa

Tuhan, tolong aku
kerana kau saja yg masih disisi
di saat mereka pijak--henyak aku
pura seperti aku tak tahu apa terjadi

Aku punya hati,
tolong